Penang Marathon 2017

Penang Marathon ...

Penang Dragon Boat 2017

  For locals and tourists who want to experience a “different side” of Penang, Balik Pulau is the place for you.   The newly opened Balik Pulau Visitor Centre offers a ...

http://www.visitpenang.gov.my/portal3/components/com_gk2_photoslide/images/thumbm/701539penang_marathon_2017.jpg
http://www.visitpenang.gov.my/portal3/components/com_gk2_photoslide/images/thumbm/487313TRM1706_0040_DragonBoat_webbaner_040717_01.jpg
News Image

Penang Marathon 2017

Penang Marathon 2017...

News Image

Penang Dragon Boat 2017

...

Home
KENYATAAN MEDIA: UCAPAN PENGGULUNGAN OLEH YB LAW HENG KIANG PDF Print E-mail
Written by yenmei   
Thursday, 25 May 2017 11:09

UCAPAN PENGGULUNGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KETIGA BELAS

oleh

YB. TUAN LAW HENG KIANG

PENGERUSI JAWATANKUASA MMK PEMBANGUNAN PELANCONGAN

KENYATAAN MEDIA

 

STATISTIK PELANCONGAN

 

Di atas usaha Kerajaan Negeri, Pulau Pinang kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang amat popular dengan kadar kedatangan pelancong yang semakin meningkat saban tahun.Mengikut statistik dari Malaysia Airports Berhad, jumlah penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semakin meningkat.

 

Pada tahun 2015, jumlah pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ialah sebanyak 6, 258, 756 (enam juta dua ratus lima puluh lapan ribu tujuh ratus lima puluh enam) orang penumpang manakala pada tahun 2016 telah meningkat ke 6,684,034 (enam juta enam ratus lapan puluh empat ribu dan tiga puluh empat) orang penumpang. Angka ini menunjukan peningkatan sebanyak 6.79%.

 

Mengikut perbandingan data statistik tiga bulan pertama 2017 dengan tiga bulan pertama 2016 pula, kedatangan pelancong menunjukkan kadar pertumbahan yang tinggi iaitu 789,916 orang penumpang pada 2016 jika dibandingkan dengan tahun 2017 iaitu 855,062 orang penumpang dengan peningkatan sebanyak 8.2 %.

 

Bulan

2017

2016

%

Januari

293,683

260,021

12.95%

Februari

259,648

253,971

2.24%

Mac

301,731

275,924

9.35%

Jumlah

855,062

789,916

8.20%

 

Untuk makluman dewan, 10 negara utama yang melawati Pulau Pinang sehingga bulan Disember 2016 adalah seperti berikut:

  1. Indonesia 264,546

  2. singapura 154,063

  3. China 59,661

  4. Jepun 24,065

  1. Australia 20,232

  2. Amerika Syarikat 17,099

  3. United Kingdom 16,956

  4. Thailand 15,471

  5. Taiwan 14,225

     

  6. India 7,401

 

Industri pelancongan di Pulau Pinang kini semakin rancak dengan pelaburan pihak swasta dengan produk-produk baru dan menarik contohnya :

 

  1. Penambahan pelaburan untuk Taman Rama-Rama Teluk Bahang yang dinamakan “Entopia” bernilai RM50 juta.

  2. Pembangunan The Habitat Penang Hill bernilai RM35 juta, sebuah produk eko-pelancongan di Bukit Bendera , termasuklah pembinaan sebuah dataran tinjau,Curtis Tree Top Walk.

  3. Pembangunan produk “The Top” di KOMTAR yang dibangunkan oleh syarikat Only World Group (OWG) Holdings Bhd bernilai lebih RM200 juta telah menceriakan dan mengubah wajah Bangunan KOMTAR. The Top mempunyai beberapa tarikan menarik seperti “Rainbow Skywalk”, “Jurassic Park dan Research Centre”, restoran makanan antarabangsa dan banyak lagi.

Mengikut kajian survey yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia sebab utama yang menarik para pelancong ke Pulau Pinang ialah untuk melawat tapak warisan dunia UNESCO dan kemudian menikmati makanan-makanan yang enak. Kita dapat lihat perubahan trend pelancong jika dibandingkan dengan beberapa tahun lepas di mana mereka lebih berminat untuk melawati kawasan tepi pantai di Batu Feringghi.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya telah mencatat pelbagai kejayaan dan pencapaian. Ini membuktikan Pulau Pinang semakin terkenal di mata dunia, lebih-lebih lagi dengan kekayaan warisan kebudayaan yang wujud. Oleh itu, ramai pelancong-pelancong khasnya wartawan antarabangsa, produser TV dan pengarah filem-filem memberikan tumpuan ke Pulau Pinang.

 

Berikutnya adalah beberapa penghargaan yang telah diterima untuk tahun 2017 dan sebelum itu.

  1. CNN menyenaraikan Pulau Pinang sebagai tempat kedua daripada 17 tempat terbaik untuk dilawati pada tahun 2017.

 

  1. International Living” menyenaraikan Malaysia (iaitu Pulau Pinang) sebagai 4 Negara dengan penjagaan kesihatan iaitu medical tourism (dengan izin) yang terbaik di dunia untuk tahun 2017.

 

  1. Traveller Australia” menyenaraikan Gurney Drive sebagai tempat 13 daripada 25 jalan-jalan terbaik di seluruh dunia untuk dilawati oleh pelancong bagi tahun 2017.

 

  1. Forbes” memilih Pulau Pinang sebagai Tempat Pertama bagi 10 tempat Pelancongan Bajet untuk tahun 2016.

 

  1. Lonely Planet” memilih Pulau Pinang sebagai tempat pertama bagi Destinasi Makanan Terbaik Di Dunia untuk tahun 2014.

 

Oleh kerana keunikan warisan dan kebudayaan yang sedia ada di negeri kita, Pulau Pinang sering menjadi lokasi bagi penganjuran acara, program dan filem bertaraf antarabangsa dari Hong Kong, China, Taiwan, Hollywood dan Bollywood. Contohnya drama bersiri “Outbound Love” daripada Hong Kong yang difilemkan di Pulau Pinang telah mendapat sambutan yang hangat.

 

Filem blokbuster Tamil yang dibintangi pelakon popular Danush, berjudul “Anegan” juga telah difilemkan di beberapa lokasi warisan di George Town dan telah mempromosikan Pulau Pinang di negara India. Drama bersiri BBC berjudul “Indian Summers” dengan bajet bernilai RM50 juta juga telah difilemkan di Bukit Bendera.



FI HOTEL

Berkuatkuasa pada 1 Jun 2017, nama “Fi Kerajaan Tempatan akan ditukar ke “Fi Hotel”. Fi Hotel ini dikenakan kepada penginap hotel dengan kadar RM3.00/bilik/malam bagi hotel empat dan lima bintang manakala RM2.00/bilik/malam bagi hotel tiga bintang dan ke bawah termasuk dormitori, hotel bajet, hostel dan sebagainya.

Jumlah kutipan dari 2014 sehingga 16 Februari 2017 Pihak Berkuasa Tempatan adalah sebanyak RM 21,425,417.70. Sehingga 16 Februari 2017, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Fi Hotel yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri telah meluluskan perbelanjaan sebanyak RM 9,981,986.67 bagi pembiayaan program - program yang memberikan manfaat kepada industri pelancongan.



PELANCONGAN MICE

 

Kerajaan Negeri perlu sentiasa berinovasi dan meneroka pasaran baharu pelancongan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri memberikan fokus khas kepada sektor MICE (Meetings, Incentives, Conventions & Exhibitions) di Pulau Pinang kerana sektor ini memberikan impak yang lumayan ke atas ekonomi negeri lebih-lebih lagi industri pelancongan.

Bagi menarik lebih banyak pelaburan dalam pelancongan MICE, Kerajaan Negeri melalui PCEB telah mengambil peranan sebagai fasilitator kepada sektor swasta serta agensi kerajaan dalam menggalakkan pelancongan MICE.

Tambahan pula, Pulau Pinang merupakan satu destinasi MICE yang sesuai kerana beberapa faktor iaitu harga hotel, makanan dan pengangkutan dalaman yang berpatutan dan juga kemudahan-kemudahan yang sedia ada seperti Setia SPICE Convention Centre. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga tidak jauh dari SPICE dan George Town.

Inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri ternyata berhasil apabila Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada beberapa acara atau program utama seperti:

  1. World Tourism Cities Federation (WTCF) Asia-Pacific Conference pada 26- 27 Mac 2017 dengan 450 orang delegasi dari serata dunia

  2. 24th Regional Congress of the Perinatal Society of Malaysia di Equatorial Hotel pada 23-26 Mac 2017 dengan penyertaan sebanyak 500 delegasi dan anggaran impak ekonomi sebanyak RM4.1 juta.

  3. 57th Annual General Meeting & Scientific Meeting of the Malaysian Medical Association di The Wembley pada 18-21 Mei 2017 dengan penyertaan sebanyak 400 delegasi dan anggaran impak ekonomi sebanyak RM3.3 juta.

  4. V Conference Malaysia 2017 di SPICE pada 3-7 Mei 2017 dengan penyertaan sebanyak 15,000 delegasi dan anngaran impak ekonomi (Estimated Economic Impact) sebanyak RM150 juta.

  5. Kumpulan dari Negara China seramai 20,000 ribu orang telah mengadakan sebuah persidangan di SPICE Convention Centre pada 14 dan 15 Mei 2017 juga telah menyumbangkan aggaran impak ekonomi sebanyak RM 200 juta kepada Kerajaan Negeri.

Oleh itu, untuk kumpulan rombongan yang besar, Kerajaan Negeri akan memberikan sokongan dengan mengadakan mesyuarat bersama koordinasi traffik dengan bantuan pihak polis dan Pihak Berkuasa Tempatan seperti MBPP untuk memastikan kelancaran aliran trafik di kawasan SPICE dan juga Pusat Bandar.

Kerajaan Negeri telah bermesyuarat sebanyak dua kali bersama V-Con untuk memastikan keadaan trafik berjalan lancar di kawasan SPICE dan bas-bas tidak diletakkan sesuka hati.

Kerajaan Negeri juga telah mengadakan mesyuarat koordinasi untuk kumpulan dari China yang datang baru-baru ini pada 13-15 Mei 2017 di Times Square di mana dua tempat meletak bas telah dikenal pasti iaitu di sekitar Elite House Restaurant yang berdekatan dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Cheong Eu dan juga kawasan lapang tempat letak kereta di luar Queensbay Mall.

Selain daripada Setia SPICE Convention Centre, IJM Land sedang membina sebuah lagi Convention Centre dengan kapasiti yang lebih besar iaitu Penang Waterfront Convention Centre yang akan dijangka siap pada tahun 2021.

Pelancongan Cruise

Pelancongan Cruise di Pulau Pinang mempunyai potensi yang amat tinggi dan telah menunjukkan peningkatan yang positif kerana Pulau Pinang menjadi destiansi yang dipilih orang syarikat-syarikat pelayaran antarabangsa seperti Royal Carribean International.

Ini kerana Pelabuhan Swettenham yang terletak berdekatan dengan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang penuh dengan kepelbagaian budaya dan warisan. Ini telah memudahkan kunjungan penumpang ke bandar George Town serta tempat lain yang terletak di Pulau Pinang. Di samping itu, pelbagai makanan lazat tempatan boleh dibeli dengan harga yang berpatutan dan juga cuaca yang panas sepanjang tahun di Pulau Pinang telah menjadikannya salah satu daya tarikan.

Jumlah pelabuhan kapal cruise di Pulau Pinang dari bulan September 2016 sehingga bulan April 2017 ialah sebanyak 88 jumlah kedatangan kapal cruise telah dicapai sepanjang tempoh tersebut.

Untuk makluman dewan, pada 13 Mac yang lalu terdapat 4 buah kapal cruise bersaiz besar berlabuh pada hari yang sama iaitu

(1) Diamond Princess dengan muatan 2,650 penumpang,

(2) Mein Schiff dengan muatan 1,500 penumpang,

(3) Superstar Gemini dengan muatan 2,150 penumpan

(4) Star Clipper dengan muatan lebih kurang 200 penumpang telahpun berlabuh pada tarikh yang sama.

 

Keseluruhannya telah membawa lebih kurang 8,000 orang penumpang berserta kru kapal cruise pada 13 Mac 2017. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah mengadakan dua mesyuarat koordinasi trafik dengan Pihak Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan keadaaan trafik di George Town berjalan lancar dengan menutup Jalan Tun Syed Sheikh Barakhbah dan Jalan Padang Kota Lama untuk membolehkan bas-bas persiaran menunggu penumpang di sana.

Sebagai maklumat tambahan, beberapa kapal cruise yang bersaiz besar juga telah melabuh di Pulau Pinang dari bulan Oktober 2016 hingga April seperti:

 

  1. Ovation of the Seas dengan muatan sebanyak 4,900 orang penumpang telah berlabuh kerap kali pada bulan Mac 2017

  2. Mariner of the Seas dengan muatan 3,100 orang penumpang telah berlabuh kerap kali dari bulan Oktober 2016 hingga bulan Februari 2017

  3. Voyager of the Seas dengan muatan 3,100 orang penumpang telah berlabuh kerap kali pada bulan Mei 2017

  4. Queen Elizabeth dengan muatan 2,500 orang penumpang telah berlabuh pada 2 April 2017

  5. Queen Mary 2 dengan muatan 2,700 orang penumpang telah berlabuh pada 10 April 2017

 

Pelancongan Perubatan

Pulau Pinang sememangnya sebuah bandar pelancongan perubatan pilihan di seluruh dunia dengan pertumbuhan pendapatan setiap tahun. Sektor perubatan di Pulau Pinang menyumbang sebanyak 50% kepada jumlah keseluruhan negara Malaysia dalam sektor perubatan kesihatan dan merupakan tulang belakang bagi hasil pendapatan Negeri Pulau Pinang. Malaysia (iaitu Pulau Pinang) dengan bangganya disenaraikan oleh International Living sebagai 4 Negara dengan penjagaan kesihatan yang terbaik di dunia untuk tahun 2017

 

2015

2016

Peningkatan

Pesakit

302,430

347,100

44,670

Hasil Pendapatan (RM)

390,694,625

458,262,629

67,568,004

 

Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Island Hospital telah memperkenalkan projek “Penang Medical City” yang akan menambah lagi 600 buah katil hospital yang menjadikannya hospital swasta pertama yang mempunyai 1000 buah katil.

 

Di sini saya ingin mengemukakan kebaikan pelancongan perubatan (Medical Tourism):

Untuk maklumat ahli-ahli yang berhormat, sektor perubatan kesihatan banyak membawa pesakit-pesakit khususnya daripada Indonesia. Sebanyak 90 peratus daripada pelancong Indonesia datang dengan tujuan untuk merawat penyakit di hospital-hospital. Pada masa yang sama, mereka akan menginap di hotel-hotel di sekitar Pulau Pinang. Hal ini secara langsung akan menguntungkan hotel-hotel di Pulau Pinang dan akhirnya meningkatkan ekonomi negeri kita.

Selalunya pelancong perubatan bukannya datang berseorangan ke Pulau Pinang tetapi dengan rombongan yang besar. Semasa mereka berada di sini, mereka turut melawat ke pusat membeli-belah serta mengunjungi tempat- tempat peranginan dan juga akan mengambil peluang untuk merasai makanan tempatan di tepi jalan dan restoran-restoran di sekitar Pulau Pinang.

Jika kita melihat dari sektor pekerjaan, pelancongan perubatan mewujudkan lebih peluang perkerjaan kepada masyarakat tempatan serta mengekalkan doktor-doktor dan pakar perubatan supaya dapat bekerja di Pulau Pinang dan bukannya di luar negara seperti Singapura atau negara lain yang lebih maju dalam bidang perubatan.

Hal ini akan secara langsung menyumbang kepada industri sampingan seperti syarikat multinasional B Braun untuk membekalkan barang-barang kegunaan perubatan yang diperlukan oleh hospital – hospital.

Hospital – hospital di Pulau Pinang telah menyelamatkan banyak nyawa masyarakat tempatan dan bukan hanya fokus kepada pelancong perubatan sahaja. Akhir sekali, sektor pelancongan perubatan di Pulau Pinang memberi sumbangan yang besar dari segi hasil cukai kepada Kerajaan Pusat.

 

 

LAMPIRAN A



PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN MENGGUNAKAN KUTIPAN FI HOTEL

  1. ASEAN TOURISM FORUM 2016 DI MANILA RM 185,313.53

  2. WORLD TRAVEL MART CONNECT ASIA 2016 RM 464,242.60

  3. ITB ASIA SINGAPORE 2015 NETWORKING RM 35,000.00

  4. BAYARAN KEPADA PICEB UNTUK AKTIVITI PROMOSI RM 1,000,000.00

  5. BAYARAN KEPADA PGT UNTUK AKTIVITI PROMOSI RM 1,000,000.00

  6. V-MALAYSIA 2016 (V-CON) RM 100,000.00

  7. ITB ASIA SINGAPORE 2016 RM 380,000.00

  8. SEBERANG PERAI FIESTA RM 320,000.00

  9. AKTIVITI PROMOSI DI CHINA (PGT) RM 1,000,000.00

  10. INSENTIF PENERBANGAN YANGON- P.PINANG RM 330,241.66

  11. ASIA PACIFIC MASTERS GAMES RM 517,188.88

  12. PENANG INTERNATIONAL FOOD FESTIVAL 2017 RM 1,500,000.00

  13. PERUNTUKAN KHAS PROMOSI MICE (PICEB) RM 1,600.000.00

  14. PERUNTUKAN UNTUK AKTIVITI MICE RM 1,000,000.00

  15. WTCF ASIA PACIFIC TOURISM CONFERENCE RM 550,000.00

    JUMLAH RM 9,981,986.67

     



 

Penang's Attractions

Latest News

Download PDF

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner

Links

Subscribe Newsletter

Who's Online

We have 266 guests online